Thursday, 24 March 2016

PROGRAM LATIHAN & AKREDITASI PENYELIA TAPAK BINAAN BERTAULIAH



PENGENALAN



Mengikut Akta 520 (Pindaan 2011) Seksyen 33A, semua penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir mestilah diakredit dan diperakukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi menjalankan kerja-kerja di tapak bina. Mana-mana pihak yang mengambil penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakredit dan diperakukan oleh CIDB untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00. Denda yang sama juga akan dikenakan kepada majikan yang mengambil pekerja yang tidak diakreditkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan. Lantaran itu, adalah diharapkan dengan adanya kursus-kursus ini, ianya bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keterampilan peserta dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, bahkan dapat memberi ruang kepada personel-personel industri pembinaan untuk diakreditasi dan ditauliahkan mengikut bidang kemahiran masing-masing. 



OBJEKTIF




    Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya Penyelia Tapak selaras dengan Akta 520 CIDB (Pindaan 2011)


  Memastikan Penyelia Tapak menepati Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan oleh industri

   Menyediakan satu platform mekanisme yang bersistematik bagi mengakreditasi Penyelia Tapak di Malaysia


    Mempertingkatkan kualiti kerja di tapak bina melalui penyeliaan oleh Penyelia Tapak yang bertauliah

 
Untuk pengetahuan anda juga, Program Latihan & Akreditasi Penyelia Tapak Binaan Bertauliah ini akan mula dikuatkuasa oleh CIDB bermula 1 Jun 2016. Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kesulitan, penyelia tapak atau pekerja binaan mahir perlu menghadiri program ini (sebaik-baiknya sebelum tarikh dikuatkuasa), untuk diiktiraf serta diperakukan oleh CIDB.

 

 

CARA MENDAFTAR

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat K Builders Training & Consulting di talian 019-369 1270

ATAU


Segera mendaftar secara ON-LINE di laman sesawang http://goo.gl/forms/ac1u3EZbSI

RUJUKAN



     Struktur modul ini telah dirangka berasaskan NOSS oleh pakar dalam industri pembinaan bagi memenuhi keperluan  akreditasi dan terbahagi kepada 4 kategori iaitu:-


a) Kerja Awam & Struktur                       c) Kerja Mekanikal

b) Kerja Bangunan & Senibina            d) Kerja Elektrikal

    Para calon boleh memilih kategori mengikut bidang masing-masing dan perlu hadiri semua modul bagi memperolehi sijil pentauliahan SKK (Sijil Kecekapan Kemahiran) sebagai Penyelia Tapak binaan oleh CIDB.

     Setiap calon akan dianugerah 20 Mata CCD bagi setiap modul yang dihadiri dan boleh digunakan untuk pembaharuan pendaftaran CIDB oleh pihak syarikat.


     Modul-modul latihan yang akan dilaksanakan boleh dirujuk seperti di dalam gambar di bawah.


No. 1



 
No. 2
No. 3

No comments:

Post a Comment